Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  

Sabtu, 14 September 2019 - Seramai lebih 30 orang rombongan Program Kembara Ilmu, Malaysia 2019 mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei. Peserta program dialu-alukan oleh Pegawai Sejarah Kanan, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.

9/19/2019 11:22 AM
  

​Jumaat, 13 Sept 2019 - Ahli jawatankuasa dan sukarelawan Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019 hari ini menghadiri sesi penerangan ringkas sebelum acara berkenaan berlangsung 22 September depan.

9/13/2019 11:32 AM
  

​9 September 2019, seramai 3 orang pegawai daripada Perpustakaan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan lawatan ke Pusat Pengkajian Borneo. Rombongan berpeluang untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut lagi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Pengajian Borneo yang terletak di Simpanng 391, Kg Anggerek Desa.

IMG-20190909-WA0100.jpg

9/10/2019 12:08 PM
  

Sabtu, 07 Sept 2019 - Seramai 30 orang peserta dalam negara dan seorang peserta dari Indonesia yang mengikuti program Salam Convention 2019 mengadakan lawatan ke galeri-galeri Pusat Sejarah Brunei sejurus selepas mengikuti forum Salam Convention 2019 yang bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

9/8/2019 11:33 AM
  

​10 September 2019, Pusat Sejarah Brunei mengadakan aktiviti cuti persekolahan untuk mengenali sejarah kitani pada tarikh-tarikh yang diaturkan bagi pelajar-pelajar mengikuti aktiviti-aktiviti seperti Mari Belajar Menulis Seni Khat Jawi; Kuiz Kenali Sejarah Kitani dan `Puzzle' dan Mari Bercerita.

IMG-20190910-WA0039.jpg

9/7/2019 2:09 PM
  

​8 September 2019, Pusat Sejarah Brunei turun menyertai aktiviti keluarga sempena RIadah Berbasikla Hari Keputeraan 2019 di Taman Haji Sir Omar Ali Saifuddien, Pusat Bandar Seri Begawan.  Beberapa aktiviti menarik untuk orang ramai sertai bersama keluarga seperti Roda Sejarah, Selang Kata(Crossword) dan Kuiz Jawi. 

Aktiviti 01_jpg.jpg

9/7/2019 2:03 PM
  

4 September 2019 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah  mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru 1441 Hijrah bagi kementerian tersebut dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis.

IMG-20190904-WA0072.jpg

9/4/2019 6:07 PM
  

​3 September 2019, seramai 125 orang murid Sekolah Ugama Serusop telah mengadakan lawatan secara `walk-in' ke galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei. Pada hari tersebut itu juga Pusat Sejarah telah menerima lawatan `walk-In' daripada Sekolah Jun Yuang Primary School, Singapura.

IMG-20190903-WA0026.jpg

9/3/2019 9:54 AM
  

29 Ogos 2019, seramai lebih kurang 30 orang pelajar termasuk 2 orang guru Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong telah mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Sejarah Brunei.

IMG-20190829-WA0070.jpg

8/30/2019 8:11 AM
  

Isnin, 19 Ogos 2019 - Rombongan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Ptl Muara Kluster 4 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei pagi tadi. Rombongan telah diketuai oleh 3 orang tenaga pengajar dan 22 orang murid tahun 4.

8/19/2019 11:33 AM
  

17 Ogos, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Sesi Ceramah@penBorneo Kali Ketujuh dengan tema Manuskrip Islam Borneo.  Ceramah undangan ialah Profesor Mahyuddin bin Yahya, Profesor Adjung, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam UNISSA. Beliau menyampaikan tajuk ceramah iaitu Sumbangan Peradaban Arab-Islam Terhadap Kebudayaan Melayu Melalui Manuskrip Jawi-Borneo.

IMG-20190817-WA0031.jpg

8/17/2019 4:04 PM
  

​14 Ogos-  Seramai 18 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) akhir tahun Program Sejarah dan Pengajian Antarabangsa Fakulti Sastera dan Sain Sosial (FASS) telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Pengkajian Borneo atau penBorneo di Anggerek Desa. Rombongan diketuai oleh Dr Nani Suryani binti Haji Abu Bakar, Pensyarah UBD.  Tujuan lawatan ke Pusat Pengajian Borneo adalah bagi memberikan pendedahan sumber dan bahan penyelidikan yang terdapat di Pusat Pengkajian Borneo bagi persediaan mahasiswa dan mahasiswi bagi pemilihan tajuk projek yang akan diberikan oleh pihak Fakulti FASS.


IMG-20190814-WA0073.jpg

8/15/2019 8:19 AM
  

​Sumber Gambar: Media Permata

8 Ogos – Buku Junjung Kasih terbitan Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Alumni Asrama Kerajaan Brunei Di Singapura (AKBS)  (AKBS) telah dilancarkan bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Buku tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Hasil dan sumbangan artikel dan puisi daripada penuntut Biasiswa Kerajaan Brunei di Singapura  (1950-1982) 


page-7-A_10082019-1.jpg

8/10/2019 11:43 AM
  

Khamis, 25 Julai - Pusat Sejarah Brunei telah menerima lawatan rasmi dari para pegawai yang terlibat dalam Program Kerjasama Dalam Bidang Penerangan Antara Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Thailand: Program Pertukaran Pegawai Penerangan dan Media Personel, Thailand ke Negara Brunei Darussalam.

7/25/2019 8:03 PM
  

​22 Julai 2019, 2 orang peserta EKsekutif Muda Kohot Ke-4 (YEP 4) bagi Modul Experiental Learning telah mengikut penempatan kerja di Pusat Sejarah Brunei selama 5 hari bermula 22 Julai 2019 hingga 27 Julai 2019. 

IMG-20190722-WA0044.jpg

7/22/2019 1:50 PM
  

Sabtu, 13 Julai - Seramai 44 orang peserta Program Kembara Ilmu, Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan telah dialu-alukan oleh Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad selaku Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan dan seterusnya menyampaikan taklimat  mengenai fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei ke arah memberigakan sejarah ke pengetahuan umum.

Sebagai pendekatan yang lebih mendalam, rombongan juga dibawa untuk mengunjungi dewan pameran jabatan.

7/16/2019 11:19 AM
  

06 Julai  2019 - Pusat Sejarah Brunei telah menerima lawatan dari mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersama dengan mahasiswa/i universiti luar negeri yang telah mengikuti Global Discovery Programme 2019 yang terdiri daripada  Hong Kong University of Science and Technology, Chinese University of Hong Kong, Hong Kong Polytechnic University, Swansea University (United Kingdom), Sungshin University (Korea) dan Universitas Khairun (Indonesia).

7/8/2019 2:43 PM
  

​​21 April 2019, Riadah Berbasikal dikendalikan oleh PSB dengan kerjasama Cycle Nation. Perlepasan acara telah disempurnakan oleh YB Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. YB Berhomat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

IMG-20190421-WA0039.jpg

5/4/2019 9:34 AM
  

20 April 2019 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) menganjurkan Pameran dan Aktiviti Seni Kaligrafi Islam selama tiga hari bermula hari ini bertujuan untuk mempromosikan sejarah melalui seni kaligrafi Islam kepada masyarakat khususnya generasi belia. Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.


download (10).jpg

5/1/2019 1:15 PM