Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN
 
Perpustakaan & penBORNEO - Pusat Sejarah mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk membuat penyelidikan dan rujukan ke Perpustakaan dan penBORNEO. Mereka perlu memohon kebenaran bertulis kepada Pengetua Pusat Sejarah.
 
Salinan Gambar - Permohonan bagi mendapatkan salinan foto (gambar-gambar) boleh disediakan tertakluk kepada Pengetua Pusat Sejarah dengan syarat semua kos pembiayaannya akan ditanggung oleh pemohon.
 
Program Outeach & Pameran Bergerak - Permohonan bagi mengadakan pameran dan perkhidmatan dalam hal-hal pameran hendaklah menghadapkannya kepada Pengetua Pusat Sejarah tidak kurang daripada 2 minggu sebelum program  berkenaan diadakan.
 
Lawatan - Orang ramai dialu-alukan untuk melawat ke Pusat Sejarah dan Pusat Pengkajian Borneo atau penBORNEO pada waktu-waktu pejabat. Permohonan bagi mengadakan lawatan rasmi hendaklah dihadapkan kepada Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
 
Kedai Buku - Kedai buku Pusat Sejarah menjual bahan-bahan terbitan Jabatan dalam bentuk buku, jurnal, dan majalah. Waktu perniagaan adalah pada waktu-waktu pejabat.

Menjadi Ahli  Perpustakaan  & penBORNEO - Pusat Sejarah Brunei mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ahli di Perpustakaan dan Pusat Pengkajian Borneo atau penBORNEO bagi kemudahan rujukan.