Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Peringkat Akhir Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei 2023


Lebih banyak gambar di sini



Sabtu, 2 Disember 2023Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) menganjurkan Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei Tahun 2023 Peringkat Akhir yang berlangsung pagi tadi di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Pertandingan diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2023. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei dan Yang Mulia Dr. Haji Ramlee bin Haji Tinkong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja. 

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Ramlee bin Haji Tinkong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja. 

Seramai 10 peserta hasil daripada bengkel dan pertandingan peringkat saringan telah berentap merebut gelaran juara bagi kategori lelaki dan kategori perempuan. 



Pemenang Kategori Lelaki: 

Johan - Muhd. Saiful Amin bin Rosli, menerima hadiah berjumlah BND$500.00, sijil penyertaan dan cenderamata. 

Naib Johan - Muhammad Omar Ali bin Abdullah Rahman, menerima hadiah berjumlah BND$400.00, sijil penyertaan dan cenderamata. 

Tempat ketiga - Rasli bin Taram, menerima hadiah berjumlah BND$300.00, sijil penyertaan dan cenderamata. 

Tempat Keempat - Nazirulamin bin Nordin, menerima hadiah penghargaan, sijil penyertaan dan cenderamata.  

Tempat Kelima - Muhammad Zaemulkhairi bin Haji Zamhari, menerima hadiah penghargaan, sijil penyertaan dan cenderamata.  



Pemenang Kategori Perempuan: 

Johan - Halimatus Rabeatul Saiedah binti Huzaimi, menerima hadiah berjumlah BND$500.00, sijil penyertaan dan cenderamata. 

Naib Johan - Nurhusna Rasyiqah binti Johari, menerima hadiah berjumlah BND$400.00, sijil penyertaan dan cenderamata.

Tempat Ketiga - Nurul Hazimah binti Hamdan, menerima hadiah berjumlah BND$300.00, sijil penyertaan dan cenderamata.  


Tempat Keempat - Siti Nurmaezzah binti Mohamad Wafi, menerima hadiah penghargaan dan sijil penyertaan. 

Tempat Kelima - Liny Surya binti Murah, menerima hadiah penghargaan dan sijil penyertaan. 



Penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para pemenang ikhlas daripada Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Kementerian Pendidikan.



Laporan asal: Farahaina Anchong
Attachments
Created at 12/10/2023 3:48 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/10/2023 3:48 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali