Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  

Khamis, 14 Mac 2024 - Bicara Semarak Hari Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong. 

Bicara Semarak ini bertemakan Menghargai Perjuangan Generasi Tua Ke Arah Masa Depan Yang Mampan dan Cemerlang.​



3/15/2024 11:41 PM
  

​Rabu, 13 Mac 2024 - Seramai 75 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali (UNISSA) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat oleh Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.


​​

3/15/2024 11:35 PM
  

​Rabu, 6 Mac 2024 - Program Forum Bersama Belia telah berlangsung pada Rabu, 25 Syaaban 1445 Hijrah bersamaan 6 Mac 2024, pukul 2.00 petang dan bertempat di Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). 

Forum ini bertemakan Memupuk Sifat Kesukarelawanan Dalam Kalangan Belia yang membincangkan mengenai kepentingan dalam memupuk sifat kesukarelawanan dari sudut pandang dan perspektif belia.



3/8/2024 7:09 PM
  

​Selasa, 5 Mac 2023 - Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei membuat Penyelidikan Biodata, Salasilah dan Sejarah Penubuhan Surau Pengiran Ratna Indera bersama Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong.


3/8/2024 6:54 PM
  

​Isnin, 4 Mac 2024 - Pusat Sejarah Brunei telah diundang untuk menyampaikan Kuliah "Sistem Pentadbiran Negara Brunei Darussalam" anjuran Unit Pengajian Melayu Islam Beraja, Bahagian Pengajian Am, Politeknik Brunei yang berlangsung di Dewan Serbaguna Lifelong Learning (L3C), RPN Lambak Kanan.




3/8/2024 6:47 PM
  

Sabtu, 02 Mac 2024 - Kolej Universiti Perguran Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Ilmu Teras dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei dan Pejabat Seketariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja menganjurkan Seminar Kebangsaan Pendidikan Melayu Islam Beraja Semarak Hari Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 dengan tema: Memperkasa Penghayatan Amalan dan Nilai-Nilai Melayu Islam Beraja Ke Arah Merealisasikan Wawasan 2035



3/4/2024 12:27 AM
  

​Rabu, 24 Januari 2024 - Lawatan sambil belajar drp 19 pelajar dan 2 guru School of Hospitality and Tourism, IBTE Kampus  Sultan Saiful Rijal.



3/4/2024 12:12 AM
  

​Hari Selasa, 23 Januari 2024 - Seramai 52 orang peserta Bengkel Asas Pemuliharaan Manuskrip dan Proses Penjilidan, anjuran Jabatan Muzium-Muzium mengadakan lawatan ke Pusat Pengkajian Borneo.



3/4/2024 12:02 AM
  

​Isnin, 22 Januari 2024 - Lawatan sambil belajar daripada peserta Kursus Jurulatih Semboyan Rejimen sesi 2023, cawangan Latihan Semboyan, Sekolah Infantri, Tentera Darat Diraja Brunei seramai 33 org.



3/3/2024 11:56 PM
  

Rabu, 17 Januari 2024 - Lawatan sambil belajar daripada 17 orang mahasiswa dan mahasiswi Aisyiyah University Yogyakarta yang menjalani Global Discovery Programme (GDP) ke Brunei Darussalam. Turut serta dalam lawatan ini ialah pengiring daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD).




​​

1/21/2024 11:17 PM
  

Selasa, 16 Januari 2024 - Pusat Sejarah Brunei hari ini menerima lawatan sambil belajar daripada Laksamana College of Business dan mahasiswa/i dari Wangxi Universitiy of Finance and Economics, China. Seramai 48 orang menyertai lawatan ini termasuk para pensyarah.







1/21/2024 11:07 PM
  

​Isnin, 15 Januari 2024 - Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah binti Salag, isteri Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Menteri Besar Sabah petang tadi mengadakan lawatan kerja khas ke Pusat Sejarah Brunei.



1/21/2024 10:56 PM
  
​Isnin, 15 Januari 2024 - Pusat Sejarah Brunei pada pagi tadi menerima kunjungan khusus daripada tetamu khas negara dari United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Mr. Nicholas Charles G Cann. Turut mengiringi beliau ialah Mrs. Claire Annae Cann, Mr. Alexander Christopher Grant Cann, Mr. James Anthony Gregory Cann, Mrs. Alice Rose Cann dan Mrs. Edita Cann.


1/21/2024 10:47 PM
  

Sabtu dan Ahad, 23 dan 24 Disember 2023 - Pada tahun 2023 ini sekali lagi Pusat Sejarah Brunei menganjurkan Hari Terbuka Pusat Sejarah Brunei (HTPSB 2023) dengan tema ‘Bersama Mengelinga’ yang disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Royal Brunei Airlines (RBA), Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), YMRM Enterprise dan dikuasakan oleh Imagine. Tema ini adalah berkesinambungan daripada Projek Amal: Bersama Mengelinga yang diselenggarakan oleh Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM).



​​

12/27/2023 11:29 PM
  

​​​​​​​​​

​20 Disember 2023 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini menerima rombongan lawatan daripada 45 orang peserta yang menyertai Program Literasi bagi belia Daerah Temburong.

Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.​



12/27/2023 10:58 PM
  

10 Disember 2023 - Kempen Hari Bertindak Belait atau Day of Action (DOA) sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 diadakan di tiga tempat berlainan di Daerah Belait.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.



12/22/2023 11:16 PM
  

Sabtu, 09 Disember 2023 - Multaqa Melayu Islam Beraja Anjuran Bersama Pusat Sejarah Brunei (PSB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB), Kementerian Pendidikan dan Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) bagi peserta-peserta 21st Borneo Island International Big Bike Festival seramai 300 orang.



12/10/2023 4:04 PM
  

Sabtu, 2 Disember 2023 - Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) menganjurkan Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei Tahun 2023 Peringkat Akhir yang berlangsung pagi tadi di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Pertandingan diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2023. 



12/10/2023 3:48 PM
  

Rabu, 22 November 2023 - Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) telah menganjurkan Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei Tahun 2023 Peringkat Saringan. Pertandingan berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. 


Hadir Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei dan Yang Mulia Dr. Haji Ramlee bin Haji Tinkong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja. 



12/10/2023 10:11 AM
  

Selasa, 21 November 2023 - Murid-murid darjah satu dan lima Sekolah Rendah Tentera Laut, Muara pagi hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.


Rombongan lawatan dialu-alukan oleh Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut.


12/10/2023 9:22 AM
  

Selasa, 21 November 2023 - Satu rombongan delegasi berskala kecil dari Indonesia melalui Kedutaan Indonesia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan singkat ke Pusat Sejarah Brunei.


Lawatan bertujuan untuk mengetahui mengenai sejarah Brunei dan kesinambungannya dengan sejarah di wilayah nusantara.


12/10/2023 9:15 AM
  

Isnin, 20 November 2023 - ​Pusat Sejarah Brunei hari ini menerima rombongan lawatan yang terdiri daripada murid darjah pra dan enam Sekolah Rendah Tentera Laut, Muara.


Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Ketua Unit Lawatan dan Pameran.


12/10/2023 9:06 AM
  

​Rabu. 20 Sept 2023 - Pusat Sejarah Brunei hari ini menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada mahasiswa dan mahasiswi Osaka University dan Wakayama Medical University, Jepun. Turut sama mengiringi rombongan ialah mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Brunei Darussalam.


10/13/2023 11:14 PM
  

Isnin dan Rabu, 11 dan 13 September 2023 - Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Pusat Sejarah Brunei mengikuti Taklimat Induksi dan Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK). Taklimat dan bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk membolehkan para pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat untuk memahami tentang tatacara peraturan-peraturan asas  dalam Perkhidmatan Awam. Taklimat dan bengkel tersebut disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dan Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.



10/13/2023 10:56 PM
  

​Isnin, 11 Sept 2023 - lawatan kerja drp pegawai dn kakitangan Bhgn pameran dan perkhidmatan dan Bahgian Reprographer dan Pengambaran ke Impromtu Expression: Contemporary Abstract Art Showcase bertempat di Sengkurong. Antara tujuan lawatan adalah sebagai nilai tambah ilmu pengetahuan dan krativiti para pegawai dn kakitangan kedua2 bahagian.


10/13/2023 10:47 PM
  

​Sabtu, 09 Sept 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) pagi hari ini menerima rombongan lawatan daripada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut, Pemangku Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan.



10/13/2023 10:39 PM
  

​Sabtu, 09 Sept 2023 - Penyelidikan Persatuan Siswazah Wanita NBD bersama Hjh Dyg Hassanah binti Hj Awg Hassan (YDP), Dr Hjh Hairuni binti Hj Mohamed Ali Maricar (Penasihat II), Dyg Zainab binti D.P. Hj Alikhan (NYDP I), Dr. Hjh Dyg Fatimah binti Hj Awg Chuchu (NYDP II) dan Pg Khadijah binti Pg Badaruddin (SUK).


10/13/2023 10:22 PM
  

Isnin, 4 September 2023 - Adibah binti Md. Jaafar, Pegawai Sejarah telah dicalonkan bagi mewakili Brunei Darussalam dalam menyampaikan satu pembentangan Seminar Antarabangsa di acara *The 4th Budayaw Festival 2023 bertempat di Fort Rotterdam, Makassar, Indonesia.*



10/13/2023 10:08 PM
  

Hari Khamis, 7 September 2023 - Taklimat "Sistem Pentadbiran Negara  Brunei Darussalam" anjuran Unit Pengajian Melayu Islam Beraja, Bahagian Pengajian Am, Politeknik Brunei telah diadakan di  'One Stop Centre', Kampus Ong Sum Ping, Sekolah Teknologi Maklumat dan Info Komunikasi.


​​

10/13/2023 9:51 PM
  

​Rabu, 06 September 2023 - Lawatan sambil belajar daripada Global Discovery Programme, Universiti Brunei Darussalam dan University Tokyo.



10/13/2023 9:33 PM
1 - 30Next