Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Peringkat Saringan Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei 2023
 
Lihat gambar persembahan peserta di sini



Rabu, 22 November 2023 - Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) telah menganjurkan Pertandingan Menambang Syair Sejarah Brunei Tahun 2023 Peringkat Saringan. Pertandingan berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. 


Hadir Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei dan Yang Mulia Dr. Haji Ramlee bin Haji Tinkong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja. 


Seramai 13 peserta bertanding dalam dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan telah memperdengarkan tambangan syair mereka dalam pertandingan tersebut. 


Hanya 5 peserta sahaja dari setiap kategori berjaya mara ke Peringkat Akhir iaitu: 


Kategori Lelaki: 
1. Mohd. Saiful Amin bin Rosli
2. Muhammad Omar Ali bin Abdullah Rahman
3. Rasli bin Taram 
4. Muhammad Zaemulkhairi bin Haji Zamhari 
5. Nazirulamin bin Nordin 


Kategori Perempuan: 
1. Halimatus Rabiatul Saiedah binti Huzaimi 
2. Nurul Hazimah binti Hamdan 
3. Siti Nurmaezzah binti Mohamed Wafi 
4. Nurhusna Rasyiqah binti Johari
5. Liny Suraya binti Murah



Laporan asal: Farahaina Anchong
Attachments
Created at 12/10/2023 10:11 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/10/2023 10:11 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali