Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Delegasi Indonesia


​Selasa, 21 November 2023 - Satu rombongan delegasi berskala kecil dari Indonesia melalui Kedutaan Indonesia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan singkat ke Pusat Sejarah Brunei.

Lawatan bertujuan untuk mengetahui mengenai sejarah Brunei dan kesinambungannya dengan sejarah di wilayah nusantara.

Rombongan tertarik dengan penyusunan susur galur di Dewan Pameran Salasilah yang juga mempamerkan keturunan-keturunan tokoh penting Brunei - Indonesia.

Rombongan dialu-alukan oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.
Attachments
Created at 12/10/2023 9:15 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/10/2023 9:15 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali