Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Belia Masjid Kampong Limau Manis Timba Ilmu Sejarah Melalui Pameran


Rabu, 23 Disember 2020 - Seramai 2 orang imam dan 12 orang belia masjid Kampong Limau Manis petang tadi mengadakan lawatan tidak rasmi ke Pusat Sejarah Brunei.


Rombongan telah dialu-alukan oleh pemangku ketua Unit Pameran dan Lawatan, Dayang Rabi'atul 'Adawiyah binti Haji Suhaili disusuli dengan lawatan ke galeri-galeri yang dipandu oleh atendan pameran Pusat Sejarah Brunei.


Melalui lawatan ke galeri-galeri yang ada, rombongan telah dapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai sejarah negara dan dapat menanamkan rasa cinta pada negara ke pengetahuan belia tanahair.

Attachments
Created at 12/27/2020 9:32 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/27/2020 9:43 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali