Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Bengkel Kaedah Penyelidikan Sejarah

Rabu, 21 Oktober 2020 - Sebagai kesinambungan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai diantara Pusat Sejarah Brunei bersama dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada bulan September 2020 yang lalu, projek penyelidikan biodata dan tokoh tersohor tempatan dan luar negara Insya-Allah akan mula dilaksanakan pada bulan November 2020 ini.


Sehubungan dengan itu, sebagai persiapan awal Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi telah mengadakan Bengkel Penyelidikan Sejarah pada pagi hari ini.


Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Dayang Adibah binti Md Jaafar (masing-masing dari Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi) dan Awang Ismandi bin Haji Timbang (Bahagian Reprographer dan Penggambaran).


Seramai 12 orang peserta dari UNISSA menghadiri bengkel ini yang bertempat di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei.


Bengkel bertujuan sebagai persediaan awal untuk melaksanakan projek penyelidikan biodata dan riwayat hidup tokoh tersohor tempatan dan luar negara terutama dalam bidang keugamaan yang pernah menyumbang dan mencurahkan jasa bakti dalam kemajuan dan perkembangan ajaran agama Islam di negara ini.


Hasil perolehan penyelidikan itu nanti akan dijadikan bahan untuk terbitan sebuah buku yang bertajuk, Ensiklopedia Negara Zikir Jilid 5: Sumbangan Ulama dalam Penyebaran dan Perkembangan Negara Zikir.

Lebih banyak gambar di sini

Attachments
Created at 10/21/2020 11:37 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/22/2020 2:34 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali