Sabtu, 17 Oktober 2020 - Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo), Pusat Sejarah Brunei hari ini menerima rombongan lawatan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat oleh Mardiah binti Haji Ramli dan Muhammad Hefni bin Mahari.
Seramai 7 orang mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB diiringi dengan seorang pensyarah mengadakan lawatan penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji manuskrip-manuskrip lama dalam tulisan jawi.
Nota: Untuk paparan imej yang lebih jelas, sila buka imej
pada tab baru