Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Kerja Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah
‚Äč

Isnin, 15 Januari 2024 - Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah binti Salag, isteri Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Menteri Besar Sabah petang tadi mengadakan lawatan kerja khas ke Pusat Sejarah Brunei.

Yang Amat Berbahagia dan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan berpeluang menyaksikan bahan pameran berkaitan sejarah negara dan hasil penyelidikan bidang tugas PSB melalui lawatan ke Dewan Pameran Salasilah, Galeri Koleksi Manuskrip Borneo dan Galeri Sejarah Brunei Tua.

Pendekatan melalui Pameran Tiga Dekad Negaraku Brunei Darussalam mempamerkan sejarah pencapaian Brunei ke arah negara berkerajaan sendiri melalui rancangan dan perlaksanaan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 menarik perhatian rombongan. 

Yang Amat Berbahagia menandatangani lembaran kenangan lawatan sambil disaksikan oleh pegawai-pegawai PSB.
Attachments
Created at 1/21/2024 10:56 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 1/21/2024 10:57 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali