Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  

Rabu, 16 November 2022 - Lebih 50 orang guru dan pelajar dari Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Seri Diraja (OKAWSD) Kupang, Tutong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei (PSB).

Rombongan diberikan taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab PSB sebagai pusat sumber persejarahan negara yang autoritatif oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah.


​.​

11/27/2022 10:50 AM
  

Rabu, 16 November 2022 - Lebih 50 orang guru dan pelajar dari Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Seri Diraja (OKAWSD) Kupang, Tutong telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei (PSB).

Rombongan diberikan taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab PSB sebagai pusat sumber persejarahan negara yang autoritatif oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah.​



11/27/2022 10:41 AM
  

Selasa, 15 November 2022 - Sebahagian guru dan penuntut Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Pelajar berkesempatan mengikuti aktiviti cerita dan kuiz secara dan lawatan ke galeri-galeri.




11/27/2022 10:14 AM
  

​Sabtu, 12 November 2022 - Bagi mengisi aktiviti hujung tahun persekolahan 2022, Sekolah Rendah Pusar Ulak, Bandar Seri Begawan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei dengan rombongan yang terdiri daripada 103 orang murid dan 13 orang guru.



11/23/2022 11:56 AM
  
Khamis, 10 November 2022 - Seramai 47 orang penuntut beserta 5 orang tenaga pengajar dari Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, Lupak Luas mengadakan lawatan sambil belajar secara walk-in​ ke Pusat Sejarah Brunei.


11/23/2022 11:43 AM
  

​Isnin & Selasa, 07 & 08 November 2022 - Pusat Sejarah Brunei turut serta bersama dengan beberapa jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi program Perjalanan Kebudayaan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).


11/23/2022 11:35 AM
  

​Isnin, 31 Oktober 2022 - Peserta yang terdiri daripada 191 orang pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) yang menjalani program Kohort mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

​​

11/15/2022 3:22 PM
  

​Khamis, 27 Oktober 2022 - Seramai 64 orang rombongan lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan mengunjungi Pusat Sejarah Brunei untuk menimba pengetahuan mengenai sejarah negara.



11/15/2022 11:29 AM
  

Selasa, 25 Oktober 2022 - Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal yang menjalani penempatan kerja di Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Biro Kawalan Narkotik (BKN), Tungku.




11/2/2022 2:44 PM
  
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Seramai 58 orang pegawai pendidikan dan guru subjek sejarah dari seluruh negara mengikuti ‘Bicara Sejarah: Evolusi Pentadbiran Negara Brunei Darussalam dari Perspektif Sejarah’ yang dihasratkan untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam menyampaikan fakta kepada pelajar.


Ia dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Perkhidmatan dan Pameran dan Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran dengan kerjasama daripada HISTORY SBC.BN yang terdiri daripada guru-guru Sejarah di negara ini.



10/25/2022 9:35 AM
  

Khamis, 13 Oktober 2022 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran berserta Bahagian Perkhidmatan dan Pameran hari ini telah menganjurkan Bengkel Seni Khat Jawi selama sehari, yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB, di ibu negara.
 
Hadir selaku tetamu khas, Pengetua PSB, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.


10/18/2022 3:44 PM
  

Rabu, 05 Oktober 2022 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini mengadakan Program Kembara Sejarah ke Sekolah Stella. Seperti sebelumnya, melalui program ini Pusat Sejarah Brunei akan mengunjungi beberapa institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang terpilih untuk memberigakan pengetahuan sejarah kepada warga sekolah khususnya.



10/6/2022 9:30 AM
  

Selasa, 27 September 2022 - Pagi hari ini Pusat Sejarah Brunei menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada 60 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mengikuti Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01-2022.


Rombongan dialu-alukan oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Awang Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong

​​

10/5/2022 10:34 AM
  

Selasa, 20 September 2022 - Pusat Sejarah Brunei mengadakan Program Kembara Sejarah ke Sekolah Rendah Delima Satu pagi hari ini sebagai usaha untuk memberigakan sejarah kepada warga sekolah berkenaan. Kata aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua II, Pusat Sejarah Brunei.



10/4/2022 2:51 PM
  

Sabtu, 17 September 2022 - Bahagian Reprographer dan Penggambaran, Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Foto Maraton Sejarah Brunei tahun 2021. Sijil dan hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Dr. Haji Muhammad Hadi Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.




10/4/2022 2:49 PM
  

Selasa, 13 September 2022 -​ Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi telah mengadakan Program Bicara Sejarah: Tokoh Belia dengan tema "Sejarah Asas Kejayaan dan Kecemerlangan" bersempena Festival Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-17, tahun 2022.


​​

10/4/2022 2:37 PM
  

​06 - 08 September 2022 - Bersempena dengan cuti persekolahan penggal kedua, Pusat Sejarah Brunei mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan remaja agar masa lapang mereka dimusim percutian ini diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Pelbagai aktiviti diadakan selama tiga hari berturut-turut yang mana diadakan di bangunan Pusat Sejarah Brunei.


​​

10/4/2022 2:30 PM
  

​Isnin, 05 September 2022 -  Seramai 38 orang kanak-kanak mengikuti Kelas Celik Sejarah yang merupakan salah satu aktiviti Bahagian penBORNEO bagi Program Aktiviti Cuti Persekolahan Penggal kedua anjuran Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Pusat Sejarah Brunei.



10/3/2022 3:05 PM
  

​Sabtu, 03 September 2022 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penerbitan dan Pemasaran telah melancarkan sembilan buah tajuk buku terbitan terbaharu hasil daripada Peraduan Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei Tahun 2021.




10/3/2022 2:52 PM
  

Isnin, 29 Ogos 2022 - Pusat Sejarah Brunei hari ini menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada peserta kursus Travel and Tourism, Laksmana College of Business. Rombongan lawatan juga disusuli oleh dua orang pensyarah dan dua orang pegawai dari Jabatan Pelancongan.



10/1/2022 3:45 PM
  

​Rabu, 24 Ogos 2022 - Sebagai usaha Pusat Sejarah Brunei untuk memasyarakatkan sejarah ke khalayak umum terutamanya generasi muda, pagi hari ini Kembara Sejarah meneruskan lagi langkahnya ke St. George School, Bandar Seri Begawan.




10/1/2022 3:34 PM
  

Isnin, 15 Ogos 2022 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penborneo) telah mengadakan Bengkel Asas Pemeliharaan Rekod Kertas selama dua hari berturut-turut iaitu 15 hingga 16 Ogos 2022.


Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei tentang pentingnya memelihara rekod.


10/1/2022 3:01 PM
  

Isnin, 15 Ogos 2022 - Generasi muda hendaklah dipupuk dengan perasaan cinta kepada negara agar dapat menghargai setiap detik sejarah yang pernah berlaku di negara ini. Dengan berpandukan kepada sejarah, setiap individu akan dapat mempelajari sesuatu untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.



10/1/2022 2:57 PM
  

Sabtu, 13 Ogos 2022 - Pusat Sejarah Brunei dalam Program Kembara Sejarah telah mengadakan Pameran Bergerak di Sekolah Freda Radin, Sungai Akar.

Dipetik daripada Instagram rasmi Pusat Sejarah Brunei.​


10/1/2022 2:44 PM
  

BERAKAS, Khamis, 11 Ogos. -  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.



10/1/2022 2:41 PM
  

Rabu, 10 Ogos 2022 - Pusat Sejarah Brunei dalam usaha memberigakan sejarah kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda telah mengadakan program Kembara Sejarah ke Sekolah Bakti Dewa, Cawangan Lambak, Berakas.



10/1/2022 2:37 PM
  

Ahad,  07 Ogos 2022 - Tetamu istimewa Kedutaan Oman, Tuan Ahmed Al-Nabhani mengadakan lawatan tidak rasmi ke Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini. Menarik perhatian Tuan Ahmed ialah Galeri Salasilah yang mempamerkan Salasilah Asal-Usul Bangsa Di Dunia sehingga susunan Salasilah Para Nabi dan perkaitannya dengan Kesultanan Brunei.



10/1/2022 11:02 AM
  

Ahad, 07 Ogos 2022 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada 20 orang peserta dari Singapura yang mengikuti Global Discovery Programme. Rombongan diiringi oleh 09 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD).



10/1/2022 10:54 AM
  

Sabtu, 06 Ogos 2022 - Rombongan Eksesais Hamad Storm 2022 di antara Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RPK ABDB) bersama Royal Guard Special Forces (RGSF) Royal Guard Bahrain (RGB) dari Negara Bahrain mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.



10/1/2022 10:51 AM
  

Khamis, 04 Ogos 2022 - Lawatan sambil belajar daripada mahasiswa dan mahasiswi Global Discovery Programme Universiti Brunei Darussalam (UBD) dari Korea dan Jepun.



10/1/2022 10:46 AM
1 - 30Next