| | Ahad, 26 Februari 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi hari ini berkenan mengunjungi petak pameran dan aktiviti Pusat Sejarah Brunei sempena acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2023. | |
| | Khamis, 9 Februari 2023- Majlis Pelancaran Pusat Sejarah Brunei Sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei; dan Pelancaran Bilik Koleksi Sumber Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri.
| |
| | Jumaat, 27 Januari 2023 - Genap 41 tahun penubuhan Pusat Sejarah Brunei sebagai sebuah institusi yang mengkaji dan memberigakan sejarah dan Kesultanan Brunei sejak ia ditubuhkan pada 26 Januari 1982. Sehubungan itu sebagai tanda syukur ke hadrat Ilahi, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Masin dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Penubuhan Pusat Sejarah Brunei ke-41 tahun.
| .jpg)
|
| | BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 November. - Sebanyak 48 kumpulan, masing-masing terdiri daripada tiga ahli menyertai Program Cabaran Larian Sejarah Brunei 2021, yang bermula dan berakhir di Pusat Sejarah Brunei (PSB), di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang juga menyempurnakan Perasmian dan Pelepasan Cabaran Larian Sejarah Brunei 2021.
| .jpg)
|
| | TEMBURONG, Rabu, 8 Jun - Seramai 231 penerima, terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Jabatan-jabatan di bawahnya menerima pingat kehormatan. Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Kuliah, Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, di sini. | 
|
| | Khamis, 29 Julai. - Membincangkan tentang peranan dan fungsi balai sebagai institusi pendidikan Islam di Negara Brunei Darussalam (NBD) perlu dilihat melalui sejarah perkembangannya dalam tempoh tahun 1852 hingga tahun 1956 dan meneliti bagaimana pendidikan balai mempunyai hubungan dengan konsep Melayu Islam Beraja (MIB).
| 
|
| | Rabu, 24 Mac 2021 - Sesi bergambar ramai warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bersama Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selepas sesi pembentangan belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
|
|
| | Ahad, 07 Mac 2021 - Majlis Pelancaran Buku Terbitan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Perasmian Mesyuarat Agung PESEBAR ke-8, tahun 2021 anjuran bersama Pusat Sejarah Brunei dan PESEBAR telah berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei petang hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar (B) Dato Paduka Seri Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
| 
|
| | Khamis, 17 September 2020, Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Pusat Sejarah Brunei (PSB) dan diselajurkan dengan Pelancaran Buku-Buku Terjemahan Bahasa Arab Cerita Bergambar Sejarah Brunei. Majlis penandatanganan di saksikan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis diadakan di Dewan Auditorium, UNISSA.
| 
|
| | Sabtu, 29 Februari 2020 - Majlis pelancaran buku bertajuk "Dalam Cermin Sejarah: Antologi Puisi" telah dirasmikan hari ini oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis bertempat di Tarindak D'Seni, di ibu negara. |  |
| | Selasa, 25 Februari 2020
- Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari
ini melakar sejarah dengan melancarkan buku terbaru bertajuk "Tarsilah
Brunei: Wasilah Ketakhtaan Kesultanan Brunei (1659-1828 masihi)" Jilid
3. |  |
| | 12 Oktober 2019- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Anugerah Keilmuan negara dengan gelaran Profesor Kehormat kepada Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Penganugerahan ini adalah sebagai penghargaan kepada Yang Berhormat sebagai tokoh Ilmuan Negara Brunei Darussalam yang dinilai layak untuk menerima, demi kerana keilmuannya dan merupakan seorang tokoh negara tersohor yang telah banyak menabur bakti dalam bidang pendidikan, budaya, sastera, sejarah dan agama di Negara Brunei Darussalam.
Sumber gambar & bahan : Pelita Brunei, Jabatan Penerangan
| 
|
| | Ahad, 22 September 2019
- Sebagai usaha untuk mendekati golongan muda dan belia serta para
pelajar supaya mereka mengetahui dan memahami akan nilai serta
kepentingan sejarah tanah air, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Progresif Cellular Sdn Bhd, Politeknik Brunei dan Victory Athletes mengadakan Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019. | |
| | Khamis, 12 Sept 2019
- Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan acara Brunei Darussalam
Youth Cultural Exchange & Conference 2019 dengan mempamerkan bahan
Nama-Nama Sultan Brunei dalam seni kaligrafi yang bertempat di Dewan
Persidangan Kuala Belait. |  |
| | Ahad, 08 Sept 2019
- Bersempena dengan Aktiviti Keluarga Sempena Riadah Berbasikal Hari
Keputeraan 2019, Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan acara
tersebut yang mengambil tempat di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien,
di ibu negara. | 
|
| | Rabu, 7 Ogos 2019
- Pusat Sejarah Brunei telah melancarkan penerbitan buku Legasi
Payung Negara: Aspirasi, Cita-Cita dan Hasrat Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam | 
Sumber Gambar: Media Permata
|
| | Selasa, 9 Julai 2019, Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar, Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei beserta 11 orang rombongan.
| 
|