Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Majlis Pelancaran Buku Tarsilah Brunei Jilid IV

Lebih banyak gambar di sini​

Khamis, 19 Oktober 2023 - Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Tarsilah Brunei: Peralihan ke Arah Brunei Moden (Tahun 1828 - 1924 Masihi), Jilid IV hasil penulisan Allahyarham Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana khatib dato Seri Paduka Haji Awang Umar, mantan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian resensi buku oleh Yang Mulia Profesor Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail.

Buku tersebut adalah kesinambungan daripada buku Tarsilah Brunei Jilid I, II dan III yang masing-masing diterbitkan pada tahum 1990, 1997 dan 2019.
Attachments
Created at 10/28/2023 9:47 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/28/2023 10:04 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali