Pusat Sejarah Brunei dengan kolaborasi bersama Progresif Cellular dan Politeknik Brunei buat julung kalinya akan menganjurkan program Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019 (Brunei History Race Challenge 2019). Program yang bertemakan `Learn The History To Inspire The Future' adalah merupakan sebagai aktiviti sampingan pengiktirafan Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamadunan Islam bagi Rantau Asia 2019.