Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kembara Sejarah di IBTE Wasan

Sabtu, 27 Mei 2023 - Kira-kira 300 orang pelajar telah menghadiri program 'Kembara Sejarah' di Dewan Serbaguna IBTE Kampus Agro-Teknologi, Wasan yang dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama IBTE Kampus Agro-Teknologi, Wasan.

Program ini merupakan inisiatif pendidikan untuk menyebarluaskan fakta dan meningkatkan pengetahuan pelajar melalui taklimat dan aktiviti yang dikendalikan.

   



Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei dan Dr Suhaimi bin Haji Abdul Wahab, Pengetua Satelit IBTE merupakan tetamu kehormat bersama majlis.

Antara acara yang diadakan ialah Forum Sejarah, persembahan teater Sultan Bolkiah daripada warga IBTE, teater lagenda Nakhoda Manis daripada Lakap Lagur Entertainment, pameran nama-nama Sultan Brunei dalam seni kaligrafi Islam, sejarah ringkas Sultan-Sultan Brunei, kuiz interaktif, demonstrasi pemeliharaan dokumen, penyusunan salasilah dan jualan buku-buku terbitan Pusat Sejarah Brunei.


Lebih banyak gambar di sini​
Attachments
Created at 5/28/2023 11:36 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 5/28/2023 11:36 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali