Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Sekolah Rendah Amar Pahlawan

Lebih banyak ga​mbar di sini

Selasa, 23 Mei 2023 - Pusat Sejarah Brunei petang hari ini menerima rombongan lawatan daripada warga Sekolah Rendah Amar Pahlawan Kluster 3.

Lawatan yang terdiri daripada 36 orang guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan kemudiannya diberikan taklimat mengenai tugas dan tanggungjawab Pusat Sejarah Brunei oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Ketua Unit Lawatan dan Pameran.

Rombongan berkesempatan mengikuti pelbagai aktiviti yang dikendalikan antaranya lawatan ke galeri-galeri, demonstrasi penyusunan salasilah, takapan batu nisan dan seni penulisan khat jawi.
Attachments
Created at 5/28/2023 10:51 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 5/28/2023 10:59 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali