Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Forum Belia 2023


​Khamis, 16 Mac 2023 - Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Majlis Belia Brunei (MBB) telah mengadakan Forum Bersama Belia Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39. Majlis ini berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

Seramai tiga Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar telah dilantik sebagai ahli panel dan dipengerusikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei, Yang Mulia Dayang Nurul Izyan binti Anver.


Attachments
Created at 3/26/2023 12:38 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/26/2023 12:39 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali