Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat Folklore dan Sejarah Lisan

Isnin, 19 Disember 2022 - Jabatan Pelancongan mengundang Pusat Sejarah Brunei dan Universiti Brunei Darussalam untuk menyampaikan taklimat folklore dan sejarah lisan kepada pemandu pelancong di bawah kawalan jabatan berkenaan.

Taklimat bertujuan untuk mengongsikan bahan sumber maklumat dan fakta sejarah kepada pemandu-pemandu pelancong untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah, warisan dan budaya negara agar dapat dimanfaatkan dan digunakan untuk menyalurkan maklumat sejarah bukan sahaja kepada pelancong-pelancong luar negara bahkan sekaligus kepada penduduk dan masyarakat di negara ini.

Taklimat yang dihadiri oleh seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan pemandu-pemandu pelancong di bawah jabatan berkenaan ini disampaikan oleh Dr. Maslin bin Haji Jukim, Penolong Profesor Ketua Program Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam dan Adibah binti Md Jaafar, ketua bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei.
Attachments
Created at 12/22/2022 5:34 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/22/2022 5:34 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali