Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan ABDB Siri 01-2022

   

​Selasa, 27 September 2022 - Pagi hari ini Pusat Sejarah Brunei menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada 60 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mengikuti Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01-2022.

Rombongan dialu-alukan oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Awang Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong diikuti dengan taklimat mengenai fungsi dan peranan jabatan yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan juga berkesempatan mengikuti pelbagai aktiviti yang dikendalikan iaitu pameran asas pemeliharaan rekod, tunjuk cara pembersihan rekod kertas, pameran seni khat jawi, tunjuk cara takapan batu nisan dan salasilah.

Lawatan rombongan berakhir dengan aktiviti mengunjungi galeri Pusat Sejarah Brunei.


Attachments
Created at 10/5/2022 10:34 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/5/2022 10:46 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali