Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bengkel Asas Pemeliharaan Rekod Kertas
​Lebih banyak gambar di sini


Isnin, 15 Ogos 2022 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penborneo) telah mengadakan Bengkel Asas Pemeliharaan Rekod Kertas selama dua hari berturut-turut iaitu 15 hingga 16 Ogos 2022.

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei tentang pentingnya memelihara rekod sebagai bukti dan sumber rujukan serta memberikan peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu pengetahuan secara asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan rekod.

Bengkel dua hari yang bertempat di bangunan penborneo ini telah dirasmikan oleh Tuan Hanafi bin Haji Salleh, Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Bengkel telah disampaikan oleh Awang Muhd Hefni bin Mahari, Pegawai Sejarah dan Awang Muhd Ataillah bin Haji Julaihi, Pegawai Pemeliharaan.

Seramai 15 orang peserta dari Pusat Sejarah Brunei dan 10 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang membuat program penempatan kerja di jabatan ini berpeluang mengikuti bengkel asas ini. Hasil daripada penyertaan ini, peserta dapat mengetahui cara mengenali musuh-musuh rekod dan kaedah pemeliharaannya.
Attachments
Created at 10/1/2022 3:01 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/1/2022 3:01 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali