Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah Bagi KKBS

Lebih banyak gambar di sini


BERAKAS, Khamis, 11 Ogos. -  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.
 
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai olah Jurutulis, Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Alomsa Nor Adzmin bin Haji Ali Omar.
 
Diikuti dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran, Surah An-Nisa dari ayat 97 hingga ayat 100, yang dibacakan oleh Kurator Sejarah, PSB, Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim.
 
Manakala, intisari ayat tersebut disampaikan oleh Awang Muhamad Alif bin Abdul Hafiz Din @ Sharul Nizam bin Deli.
 
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengetua, PSB, Awang Hanafi bin Haji Salleh, selaku Pengerusi Majlis.
 
Majlis tersebut turut diisikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Belia Menangani Hijrah Rasulullah' yang telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.
 
Majlis juga diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan Doa Selamat oleh Kumpulan Firqah Al-Falaah bagi meraikan kepulangan lima orang jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.
 
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19 oleh Jurutulis, PSB, Awang Alomsa Nor Adzmin, yang juga memimpin bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar sebagai penutup majlis.
 
Turut hadir pada majlis tersebut, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap serta para pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Petikan berita akhbar Pelita Brunei.
Attachments
Created at 10/1/2022 2:41 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/1/2022 2:41 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali