Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Tidak Rasmi Tetamu Kedutaan Oman

Ahad,  07 Ogos 2022 - Tetamu istimewa Kedutaan Oman, Tuan Ahmed Al-Nabhani mengadakan lawatan tidak rasmi ke Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini. Menarik perhatian Tuan Ahmed ialah Galeri Salasilah yang mempamerkan Salasilah Asal-Usul Bangsa Di Dunia sehingga susunan Salasilah Para Nabi dan perkaitannya dengan Kesultanan Brunei.

Tuan Ahmed juga meluangkan masa meninjau persekitaran pameran Koleksi Manuskrip Borneo yang mana menurutnya manuskrip-manuskrip tersebut sangat menakjubkan kerana suatu ketika dulu tulisan jawi digunakan dalam persuratan atau watikah.

Lawatan Tuan Ahmed berakhir di Galeri Sejarah Brunei Tua. Melalui galeri ini, Tuan Ahmed dapat mengetahui nama lama Brunei dalam catatan Arab dan catatan-catatan lain termasuk Fa-Shien.

Tuan Ahmed juga melahirkan rasa kagum dengan usaha Pusat Sejarah Brunei terutama sekali sumbangan kajian Allahyarham Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat (Dr.) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, mantan pengetua Pusat Sejarah Brunei dalam bidang penyusunan salasilah dan pengumpulan fakta sejarah negara.
Attachments
Created at 10/1/2022 11:02 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/1/2022 11:02 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali