Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pelatih Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei Kunjungi Pameran Pusat Sejarah Brunei


Sabtu, 21 November 2020 - Seramai lebih 60 orang tenaga pengajar dan pelatih Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei mengunjungi pameran Pusat Sejarah Brunei hari ini.


Lawatan bertujuan bagi memberikan kefahaman kepada para pelatih sebagai generasi muda akan kepentingan dan ristaan sejarah negara. Ianya juga dihasratkan agar dapat memupuk rasa cinta kepada raja, ugama dan negara sesuai dengan konsep "Sayang Brunei" setelah mendapat pengetahuan tentang apa yang berlaku pada masa silam sebagai satu pedoman dan pengajaran.


Kata alu-aluan disampaikan oleh Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut, Ketua Unit Lawatan dan Pameran. Rombongan dipandu oleh atendan pameran Pusat Sejarah Brunei.


    

Attachments
Created at 11/21/2020 2:13 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 11/21/2020 4:05 PM by Hanafi Salleh