Rabu, 21 Oktober 2020 - Persatuan BISTARI telah mengadakan lawatan berjadual ke Makam Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei ke-9 yang terletak di Tanjung Chendana, Kg Sungai Bunga pagi hari ini.
Rombongan dialu-alukan dan diberikan penerangan mengenai sejarah pemerintahan Sultan Muhammad Hasan oleh Haji Mohd Noor Irwan bin Haji Osmar, Penolong Sejarah Tingkat II, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei.
Seramai 15 orang ahli persatuan rombongan ikut serta dalam lawatan berjadual ini bersempena dengan acara bedudun Persatuan BISTARI ke Kampong Sungai Bunga.
Nota: Untuk paparan lebih jelas, sila buka imej pada tab baru