Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kunjungan Delegasi Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak



Isnin, 9 Disember 2019 - Pusat Sejarah Brunei menerima kunjungan dari rombongan Delegasi Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak dan Jawatankuasa Perintah Tetap Negeri Perak pada sebelah petang.

Rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad, dan Pegawai-Pegawai Kanan. Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham kemudiannya dialu-alukan untuk menandatangani buku lawatan rasmi dan seterusnya dibawa melawat ke dewan pameran Pusat Sejarah Brunei.

Penerangan mengenai pameran Perlembagaan Negeri Brunei 1959 disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham seterusnya dibawa melawat ke Galeri Koleksi Manuskrip Borneo dan Dewan Pameran Salasilah.


Attachments
Created at 12/10/2019 9:41 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/10/2019 3:08 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali