Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Peserta IBTE Kohort

Isnin, 31 Oktober 2022 - Peserta yang terdiri daripada 191 orang pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) yang menjalani program Kohort mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Peserta yang menjalani penempatan di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Daerah Temburong itu dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengetua II Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh.

     

Program lawatan dimulai dengan nyanyian lag​u kebangsaan diikuti bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudiannya disusuli dengan taklimat Tugas dan Tanggungjawab Pusat Sejarah Brunei yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah.

Rombongan juga dibawa melawat ke semua dewan pameran jabatan.
Attachments
Created at 11/15/2022 3:22 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 11/23/2022 11:21 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali