Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Aktiviti Keluarga Sempena Riadah Berbasikal Hari Keputeraan 2019


IMG-20190908-WA0133.jpg

Ahad, 08 Sept 2019 - Bersempena dengan Aktiviti Keluarga Sempena Riadah Berbasikal Hari Keputeraan 2019, Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan acara tersebut yang mengambil tempat di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.


Dengan tema "Belia Ceria Keluarga Bahagia", aktiviti yang dikendalikan ini berbentuk kekeluargaan yang memberikan ruang kepada setiap pengunjung untuk mengeratkan silaturrahim diantara sesama keluarga dengan mengikuti permainan yang diadakan disamping menimba ilmu mengenai sejarah negara.


Sudut Pusat Sejarah Brunei mengendalikan aktiviti Roda Sejarah, Silang Kata dan Kuiz Sejarah dalam bentuk tulisan jawi.


Untuk melihat lebih banyak gambar kegiatan berkenaan, awda boleh menekan pautan ini.
Attachments
Created at 9/8/2019 11:55 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 9/9/2019 8:49 AM by Hanafi Salleh